Blogger Templates
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, January 20, 2012

~Hukum Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher bagi Lelaki Islam~

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat



Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek:



"Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)" (Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)". (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)



Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.



Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut: "Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata: "Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya". (sahih Riwayat Imam Ahmad).




Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama' sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.




Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."




Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakaian gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada logam, tali berwarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah HARAM kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-19, 6 Oktober 1987)




Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis megnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakaian mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap "gagah" atau "macho". Oleh itu, jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.




Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya "kenapa pakai rantai leher?" ramai menjawab: "rantai ini bukan dari jenis emas atau perak". Persoalan di sini bukanlah jenis buatan sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam, rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pekaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:




"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan." (Riwayat Abu Daud).




Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah bersandarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memahami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah s.w.t. Waallahu a'lam...

Tuesday, October 11, 2011

~Berdua Bersatu~

Kenapa cinta kita

Selalu saja diduga

Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu


Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah

Walaupun melawan arus

Kita berdua bersatu



Seringkali ku mendengar

Patah tumbuh hilang berganti

Tetapi ku tidak mahu

Cinta selain darimu


Jika denganmu salah

Ku tak mahu yang benar

Jika denganmu rebah

Biarlah ku tercalar

Walau dilanda badai

Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu


Jika denganmu kabur

Ku tak mahu yang jelas

Jika denganmu hanyut

Biarlah aku lemas

Walau dilanda ribut

Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu


p/s: specially dedicated to my beloved hubby (^_^)

Monday, October 10, 2011

~Little Me and Hubby~

i love u, sayang... (^_^)

Thursday, August 25, 2011

::Salam Lebaran::

Assalamualaikum w.b.t


Finally ada juga new entry nak post kat dlm blog nie..dah lama giler rasanya xupdate blog.. mcm2 citer nak share wid u olz..tp disebabkan oleh kekangan masa dan bz kat opis, terpaksa ditangguh hasrat hati..huhu..


Hmm..sana sini org dok ucap selamat hari raya dah skunk ni..melalui SMS, MMS, FB, Twitter dan yang sewaktu dengannya.. so, Ann pun xnak lepaskan peluang ni utk ucapkan salam lebaran kpd my Follower dan semua bloggers di luar sana.. (^_^)..



Lapar puasa terketar-ketar

Bila berbuka lega rasanyer

Kad raya tak sempat nak hantar

Melalui blog pun kira grand lah yer..!


Ann & suami menyusun kata

Tutur peri yang aulia

Maaf-bermaafan sesama kita

Di Aidilfitri yang mulia


Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin (^_^)

Friday, April 8, 2011

~W.I.S.H.L.I.S.T~

Hye u olz..we meet again!! i like..i like.. (^_^).. hrmm, nak share apa ek dlm entry kali nie.. tgk pada tajuknye mcm menarik..menarik ker? hehe.. skunk nie ngah dok layan muvee kat tv3.. the fast n the furious..tak tahu da berape kali tayang kat tv dah citer nie... nie mesti sebab musim F1 skunk nie, sebb tu la tv3 tyg citer ala2 kete lumba..al-maklum la nak ikut tema dan peredaraan semasa la katakan..huhu..papehalpun, citer tu mmg bestla..kene ngan jiwa..woot..woot..cume yg kureng best ckit sbb tgk sorg2 kat bilik..alangkah bahagianya lau dpt tgk dgn en. hubby..x sabar nak tggu tghari esok..boleh balik..yeay!!!

okla, cut the story short..entry kali nie nak share ttg few of my wish list..not really so called wish list pun sebenarnya.. saje gatal nak put as wish list.. ada aku kesah? lalala~

~My Wish List~

1. Buy a house (wish for a semi-D at least)
2. Go for a 2nd Honeymoon wid Mr. Hubby on dis coming December (must be oversea ok... ;p)
3. Cele8 Mr. Hubby's birthday thn nie semeriah-meriahnya
4. Cele8 our 1st year wedding's anniversary in a very romantic way...(if possible nak walking down d isle again...bole ker? lalala..)

.
.
.
and last but not least...
.
.
.
5. Getting pregnant and becoming a mommy by end of DPA course!!! (wish for twins..amiinn)..


k la, cukup dulu setakat 5 nie..basically nie antara d biggest hope in my wish list.. ada lagi, baaannnyyyaaakkkk... hehe.. citer pun da abis, jam pun da strike at midnite.. mata pun da agak layu..nak tarik gebor la pulak.. nak mimpi yg indah2...hopefully to meet en hubby dlm mimpi satgi..rindu tahap dewa dah nie..huhu..

till then u olz..nite..swit dreams.. (^_^)..

Tuesday, March 22, 2011

Hatiku Berbunga Riang (^_^)

Hye u olz...! lama giler xpost new entry.. bz la katakan semenjak kursus DPA nie.. ;p .. bz ker? hehe.. erm, arinie tetiba rasa nak share sumthing wid u olz.. sebab hatiku sangat2 berbunga keriangan hari nie.. berbunga sebab aper ek? haa, nie la yg I nak share nie..

Harini, bersamaan 22 Mac 2011 (Selasa), telah diadakan MAPPA ke-XII di PICC.. sgt2 teruja nak gi MAPPA pg td..sebab my beloved Hubby perform on stage represent JPA utk koir.. to be specific, INTAN punyer koir.. itu tak penting, tapi apa yg paling penting ialah dapat menyaksikan suamiku yg tercinta menyanyi dgn penuh malu2...dlm byk2 lagu appetizer yg dinyanyikan, ada 2 lagu yg sgt2 best.. SWAY dan JAI HO! mmg bersemangat sungguh tgk team koir tu nyanyi. siap ada movement lagi.. of course la bile tgk koir tu perform, tak berkedip mata tgk hubby nyanyi.. sooo cute la!!! rasa nak turun jer bawah tu naik atas stage, pastu peluk n tium my hubby.. soo obvious yg my hubby shy2 cat kat atas pentas tu.. Papa, u r sooo cute!!! (^_^)

itu baru 1 part.. ada part yg lagi best dari tu.. haa, mesti nak tau kan? for d 1st time, I dapat bunga dr my hubby arinie..rose gitu.. like2.. wpun bunge tu dia amik drpd dewan plenary pg td, dan hanya sekuntum, wat is really matters, bunga tu adalah pemberian dari suamiku yg tercinta..sgt2 terharu dan sgt2 hepi.. hanya Allah saja yg tau betapa bahagianya rasa arini..even tgh taip entry ni pun tersengih sorg2.. Papa, thanks for the flower.. mama sgt2 suke..

actually, dah sambil2 citer pasal hadiah bunge tu nak gak la share story ttg my bday celebration on 26th February yg lalu.. my hubby plan a surprise bday party utk I..! soo surrrprise wpun sebenarnye dah terkantoi awal2 lagi.hehe.. yg penting, effort dia utk wat all d preparation..thanks for the lovely party... Love u papa..!!! okla, enuf for the writing.. enjoy all d pix yg I upload kat bwh nie eh.. :p

Saturday, December 18, 2010

Bye2 2010...Hye2 2011

Another year is about to end,
Another year is about to begin...

Let's just hope 2011 won't be as painful as 2010...

For those who made me cry,
With every painful tear thank you,
It's called forgive & forget,
Yup that's what I'm doing...

For those I cared about & left me hanging,
Good luck...

For those who hated me,
Thank you,
You made me stronger...

For those who back stabbed me,
Thank you,
You showed me how FAKE people can be...

For the two faced people I met,
Still can't decide which face is real,
Mind helping me?

For those I still have & love,
Don't ever change...

Say GOODBYE to 2010 & HELLO to 2011...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails