Blogger Templates
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 16, 2010

.:Boobs vs Willies:.

A family is at the dinner table. The son asks his father, 'Dad, how many kinds of boobs are there?'

The father, surprised, answers, 'Well son, a women goes thru three phases. in her 20s, a woman's boons are like melons, round and firm. In her 30s to 40s they are like pears, still nice but hanging a bit. After 50s, they are like onions'.

'Onions?'...

'Yes, you see them and they make u cry.'

This infuriated his wife and daughter, so the daughter said, 'Mom, how many kinds of willies are there?'

The mother, surprised, smiles and answers, 'Well dear, a man goes thru three phases also. in his 20s, his willy is like an oak tree, mighty and hard. In his 30s and 40s, it is like a birch, flexible but reliable. After his 50s, it is like a Christmas tree...'

'A christmas tree?'

'Yes, dead from the root up and the balls are just for decorations' (^_^)...

Saturday, November 13, 2010

PerFect Answers To StuPid Questions

1. When people see you lying down, with your eyes closed they still ask: Are you sleeping?
A: No! I'm training to die...

2. Imagine when you take an electronic equipment to a technician to get it fixed and he still asks you: Need it to be fixed?
A: No, it got bored of staying home alone so i brought it over for a ride...

3. When it's raining and someone notices you going out, they ask: Are you going out in this rain?
A: No, in the next one...

4. When you wake up, then comes an idiot asking you: You awake?
A: No. I'm sleep walking...

5. Your friend calls your home phone: Where are you:
A: At the bus stop!

6. They see you wet coming from the bathroom: Did you just have a bath?
A: No, I fell in the toilet bowl!

7. You are standing right in front of the elevator on the ground floor and they asked: Going up?
A: No, no, I am waiting for my apartment to come down and get me...

8. Your boyfriend comes to your house with a bunch of flowers. And you still ask him: Are those flowers:
A: No baby! They are carrots...

9. You're in the toilet when someone knocks on the door asking: Is anyone in there?
A: No! The SHIT is talking to you...

Hahahahahahahaha...(^_^)

Wednesday, November 10, 2010

::Hukum Memukul Isteri::

Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa didalam segalahal, terutama sekali didalam perkara2 berhubung dengan rumah tangga (isteri dan anak2).
Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud :
"Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya".Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.
"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seoranghamba abdi, kemudian dia memeluknya pula,tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad.
Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurangbaik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan terhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.
Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada AlQuran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi segala masalah tanpa menghadapi apa-apa kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai lawyer dan sebagainya).
Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orangtengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah ituadalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.
Begitulah ajaran Allah terhadap hamba2nya yang mahu beriman.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu daud dan Ibnu Majah.
Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka isteri. Pukulan dimuka adalah dilarang sama sekali. Rata2nya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah.
Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu meminta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata-kata kesat, maka digunting lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih.
p/s: Kalau dah tak suka, pulangkan semula..jgn diseksa atau dihina..

Monday, November 8, 2010

.:Jangan Mencari Terlalu SEMPURNA:.

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja.
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup
Begitulah juga
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja
Begitulah juga
Jika kamu sedang memiliki seseorang,
TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu
merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar
KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI kita akan BAHAGIA,
BAHAGIA dan terus BAHAGIA itu lebih BERMAKNA !
Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan
berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang...

Wednesday, October 13, 2010

I'm SORRY... :'(

To my dear beloved Hubby,


Papa,


I'm so sorry for anything I might have done,
And I'm sorry, I never meant to hurt the only one,
And I'm sorry, the best laid plans sometimes fall through,
For anything that I might've done, I apologize to you.
For everytime I lied right to your face, and you knew it,
For all the wasted time that we cannot replace,
For everytime that a discussion turned into an argument, we'd fight.
How I wish that I could have it back tonight.


I'm so sorry for anything I might have done,
And I'm sorry, I never meant to hurt the only one,
And I'm sorry, the best laid plans sometimes fall through,
For anything that I might've done, I apologize to you.




p/s: Mama loves Papa so much... please forgive me for wat i've done to you, sayang.. :'(

Friday, October 8, 2010

.:Berbuat Baik Terhadap Isteri: Hak Yang WAJIB Ditunaikan Suami:.

Salam..lamanyer tak update blog..rindu pulak rasanya..to olz my dear followers yg tak tau, here i'd like to annouce yg i've been married to mr. bard pada 18th september yg lalu..lebih kurang 2 mggu lebih dah melayari bahtera rumahtangga nie..baru sesangat..(^_^).. erm, entry harini pun i nak share 1 article yg i've read dis morning..tajuknyer seperti yg ada kat atas tu..so interesting..enjoy reading guys...
Hukum Mendatangkan Mudarat Kepada Isteri

Haram hukumnya suami mendatangkan mudarat kepada isteri tanpa ada sebab-sebab yang hak, kerana mendatangkan mudarat kepada orang lain adalah suatu kezaliman. Manakala melakukan kezaliman adalah haram, kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim. Jika mendatangkan mudarat kepada orang lain dihukumkan haram maka adalah lebih utama pula larangan tersebut kepada isteri kerana syariat telah berpesan kepada para suami untuk menjaga isteri dan bergaul dengan cara yang baik.

Mudarat yang dilarang dilakukan kepada isteri terbahagi kepada:
i. Mudarat fizikal. Contohnya, memukul isteri.
ii. Mudarat yang bukan fizikal. Contohnya, mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada isteri.

Larangan mendatangkan mudarat kepada isteri banyak disebutkan di dalam al-Qur’an. Antaranya dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“…Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara‘). Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Baqarah: 228)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa adanya hak isteri ke atas suami seperti mahar, mencukupkan nafkah, tidak melakukan mudarat kepada isteri dan yang seumpamanya. Selain daripada itu, suami yang menthalaq isterinya juga dilarang memudaratkan isteri yang dalam ‘iddah dengan kembali (ruju‘) kepada isteri apabila tempoh ‘iddah hampir selesai dengan tujuan untuk mendatangkan kesusahan atau mudarat kepada isteri. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

“...Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh eddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (ruju‘) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (ruju‘ semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri.”
(Surah al-Baqarah: 231)

Ayat tersebut melarang suami yang berniat untuk memberi mudarat kepada isteri. Suami yang menthalaq isteri diperintahkan sama ada kembali (ruju‘) kepada isteri tanpa ada tujuan untuk memudaratkan atau melepaskan isteri sehingga selesai ‘iddahnya.

Di dalam kitab ‘Aunul Ma‘bud syarh Abi Daud, diterangkan mengenai hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjelaskan mengenai dengan suruhan memberi makan dan pakai kepada isteri serta larangan memudaratkan isteri.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanyakan mengenai dengan hak isteri ke atas seorang suami. Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:

“...Hendaklah kemu memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian atau kamu beroleh penghasilan, dan janganlah kamu memukul muka (isteri), jangan memburuk-burukkannya dan jangan memisahkan diri dari mereka kecuali di dalam rumah.”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Hadits tersebut melarang memukul isteri pada muka kerana muka merupakan anggota yang penting dan zahir dilihat. Begitu juga dilarang suami mengeluarkan perkataan tidak baik kepada isteri, tidak mengeji serta memaki isteri. Seandainya isteri nusyuz suami janganlah berpindah ke rumah lain (meninggalkan isteri), kerana yang dimaksudkan bagi isteri yang nusyuz adalah dipisahkan tempat tidurnya iaitu tidak tidur bersama-sama.

Memudaratkan isteri secara fizikal seperti menampar, memukul, menyepak isteri adalah dilarang kerana perbuatan seumpama ini amat jauh dari konsep pergaulan baik suami isteri sebagaimana yang dituntut syara‘.
Jikapun isteri melakukan kesalahan, suami diperintahkan untuk menasihati isteri kerana mungkin dengan nasihatnya isteri akan sedar akan kesalahan yang dilakukan. Menasihati isteri kerana kesalahan yang dilakukannya ada disebutkan dalam perkara isteri nusyuz. Sunat seorang suami menasihati isterinya yang nusyuz dan memujuk isteri dengan cara mengambil hati, umpamanya dengan memberikan sesuatu. Suami dibenarkan memukul isteri yang nusyuz hanya setelah nusyuz isteri jelas berterusan (setelah suami menasihati dan memisahkan tempat tidurnya).
Cara memukul yang dibenarkan oleh syara‘ pula ialah pukulan yang tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada muka atau pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebagai Suami Mithali

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan suami mithali yang patut dicontohi. Sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

“...Sebaik-baik (manusia) antara kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang paling baik kepada keluargaku daripada kalangan kamu.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Pergaulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama dengan isteri-isterinya adalah pergaulan baik yang sentiasa penuh dengan kemesraan, antaranya Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bergurau senda dengan keluarganya, bersikap lemah lembut terhadap mereka dan mengagihkan nafkah sebagaimana yang diperintahkan syara‘ kepada para suami. Inilah antara pergaulan baik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama isteri-isteri Baginda yang patut dicontohi oleh para suami.
Sebagai kesimpulan, seorang suami bertanggungjawab memelihara hak-hak isteri yang diamanahkan oleh syara‘ ke atasnya. Antaranya berbuat baik kepada isteri kerana ia berupa perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada kaum lelaki. Selain itu juga, suami tidak boleh mencuaikan nafkah isteri, kerana dengan mengabaikan pemberian nafkah tersebut, suami bukan sahaja telah melanggar apa yang diperintahkan oleh syara‘ bahkan perbuatannya akan mendatangkan kesusahan kepada isteri. Yang jelas, Islam amat menitikberatkan soal hak dan sama sekali tidak membenarkan suami mengabaikan hak-hak isteri.

Wednesday, October 6, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails