Blogger Templates

Thursday, February 16, 2012

~Puisi Suami Isteri~ (Part 2)

Keluhan Seorang Isteri


Duhai suamiku dunia dan akhirat..
kufahami bahawa kau memang berniat..
menambah cawangan di satu lagi tempat..


Abang,
bukannya niatku untuk menegah..
suara hati isterimu ini dengarkanlah..
kerana tiada guna kita berbalah..
sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah..

Memang di ofismu diriku tiada..
bukankah abang juga yang menegah bekerja..
katamu jadilah surirumah sepenuh masa..
agar anak-anak menjadi manusia berguna..
kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga..
inikah pula yang patut ku terima..?!


Abang,
memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga..
tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja..
mampukah abang menanggung semuanya..
bukan sahaja dari segi material saja..
malah merangkumi segala aspek..
ku bimbang nanti akhirat di sana..
abang melangkah senget sebelah bahunya..
sedang aku dapat melihat cuma..


Abang,
kurelakan abang berkahwin lagi..
sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati..
tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi..
apa sebenarnya yang kau cari???


Abang,
semenjak akad telah dilafazkan..
telah kuserahkan jiwa dan perasaan..
ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan..
hidupku jangan disia-siakan..
janjimu kini hanya tinggal kenangan..


Abang,
memang nafsu itu satu godaan,
sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan..
hanya tekad dan akal yang mesti digunakan..
begitulah Islam menyarankan..
sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan..
atau syaitan...


Abang,
sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
sanggupkah kau berkongsi pelukan?
sanggupkan kau berkongsi belaian?


Akhir sekali,
apa yang ingin kutegaskan di sini..
mulai daripada tika dan saat ini..
aku akan berhenti menjadi seorang isteri yang baik hati..
kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai..
sekarang buatlah apa yang kau ingini..
aku sudah tidak peduli..
daripadaku menghambakan diri..
lebih baik aku pun mula mencari pengganti..


p/s : "Butang baju? Sorry, cari sendiri!!!"

...Sekian...

~Puisi Suami Isteri~ (Part 1)

Keluhan Seorang Suami
Duhai isteriku..
abang ingin kahwin lagi..
bukan dirimu telah kubenci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda...


Memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab sopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala ni dah melayang ke mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..

Bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang cal hampir setiap masa..
nak menunggu sampai di rumah tak terdaya..
di rumah sibuk nak uruskan anak pula..

Abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abang kan berhak kahwin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memnag sukar mengaal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..

Namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsu peringkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku..
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
abang berjanji seadil yang mampu..

p/s: "Pah, butang baju abang mana Pah?"

...to be continue...

Friday, January 20, 2012

~Jom Semak Status Halal~

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

~Hukum Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher bagi Lelaki Islam~

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat



Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek:



"Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)" (Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)". (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)



Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.



Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut: "Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata: "Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya". (sahih Riwayat Imam Ahmad).




Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama' sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.




Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."




Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakaian gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada logam, tali berwarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah HARAM kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-19, 6 Oktober 1987)




Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis megnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakaian mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap "gagah" atau "macho". Oleh itu, jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.




Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya "kenapa pakai rantai leher?" ramai menjawab: "rantai ini bukan dari jenis emas atau perak". Persoalan di sini bukanlah jenis buatan sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam, rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pekaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:




"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan." (Riwayat Abu Daud).




Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah bersandarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memahami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah s.w.t. Waallahu a'lam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails