Blogger Templates

Monday, August 30, 2010

::2 weeks & 4 days::

Salam Ramadhan..wah, sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa..rasa mcm baru jer lagi penyimpan mohor2 besar diraja announce tarikh berpuasa..hrmm..betullah seperti yg dikhabarkan org bila dah akhir zaman nie, tmbah2 dah dekat nak kiamat ni, masa terasa berlalu dengan begitu cepat.. ini bermakna tinggal 10hari jer lagi yg tinggal utk kita menunaikan ibadah puasa sebelum syawal pula melabuhkan tirainya..huhu.. sebut pasal syawal nie, apalagi lau bukan RAYA!!! kalau thn2 sebelum nie, perasaan utk menyambut raya sgt seronok.. weekend jer kuar shopping baju raya dan kuih raya ngan adik2 terchenta..tmpt yg wajib utk shopping apalagi lau bukan PKNS shah alam dan Jalan TAR.. mmg sesak dan jem giler..tapi raya punya pasal, redah gak la..(^_^)..

Tapi thn nie tak bpe nak rasa feeling raya tu..nape eh? hmm..tinggal lebih kurang seminggu jer lagi nak raya..kueh raya pun tak mula membeli lagi.. baju raya adala tempah sepasang.. thn ni warna tema turqoise..adik2 dan ayah dah ada bju warna turqoise..tinggal baju bonda jer tak beli lagi..ntah bila nak gi beli pun tak tau la..huhu..sabar yer bonda.. nanti kita gi greentown mall cari baju sepasang lagi eh..huhu..

Raya tinggal lagi seminggu, tapi ada perkara lain yg bakal menjelma lagi 2 minggu & 4 hari..apa yer?

jeng! jeng! jeng!...

My WEDDING day lah..wah, dah semakin hampir rupanya..hmm, takleh nak describe my perasaan skunk nie.. hepi pun ada..sedih pun ada..neves pun ada..pendek kata, macam2 ada lah..hoho.. mcm iklan astro pulak..(^_^).. alhamdulillah, kad sumer dah edar..mana yg perlu di pos, dah pos..yg nak bagi by hand pun dah bagi.. bab kad dah settle..tapi byk lagi bende lain yg tak settle.. door gift tak packing lagi, pelamin tak confirm lagi, catering pun tak confirm lagi, baju tak fitting lagi, baju nikah tak amik dari tailor lagi...dan byk lagi la bende2 lain..nak list down kat cni, pjg sgt..so, highlight yg besar2 jer..huhu..ntahla, citer kat member2 sumer terkezut..wedding dah dekat tapi byk lagi yg tak settle..siap ada yg tanya, "ko nie betul ker nak kawen nie, ann?" maka jawapan standardku "ntahlah.."..huhu.. yg paling best sekali, borang permohonan nikah pun masih belum siap proses lagi..waa..rasa nak meraung pun ada..inilah akibatnya kalau amik ringan perkara yg paling penting..hmm..takperla, redah jerla..dan doa2 borang tu leh siap proses paling lewat b4 raya..

Esok pagi lepas sahur nak balik kmpung balik..tadi call bos mintak cuti rabu, nasib baik dia bagi wpun pada mulanya dia agak keberatan..huhu..kalau dia tak bagi pun terpaksa gak cuti..byk lagi bende nak settle.. papehal pun esok luse ni jela masa yg ada.. lepas ni tak balik kmpung dah.. 8hb september nanti baru balik kmpung.. weekend ni nak pulun settle fitting baju sanding, amik baju nikah dari tailor, shopping barang2 hantaran dan byk lagi lah..penat nak taip coz byk sgt things to do..huhu..(T_T)..

To my dear hubby to be, nak tak nak, 4th & 5th september ni kene fully utilize masa yg ada utk settle sumernyer k..




Okla, sampai cni dulu celotehku di bulan puasa yg mulia nie..esok dan luse cuti..YEAY!!! (^_^)

Selamat berbuka puasa..wassalam..

Tuesday, August 17, 2010

.:Salam Ramadhan 1431 Hijrah:.

Assalamualaikum..rasanya masih belum terlambat utk ucapkan salam ramadhan to all muslim and muslimat..especially for those who keep reading and viewing my blog.. (^_^)..



Pagi ni dtg ofis ngan mood yg tak berapa nak elok..bgn pun dahlah lewat.. sahur mmg confirm tak..rasanya dah 3 malam kot tak bgn sahur..takder org tolong kejut bgn sahur..huhu.. erm, actually can't hardly describe my feelings rite now..sedih, marah, geram, dll lagilah perasaan yang tak best bercampur aduk in my heart at the moment..naper? only God knows.. mengharapkan kehadiran Ramadhan tahun ini adalah yg terindah dalam hidup menjelang Hari Bahagia yg akan tiba tak lama lagi.. tapi, panas yg kusangka hingga ke petang, rupanya hujan+ribut taufan di tengahari..Ya Allah, maha berat dugaanmu..

Sebut ttg hari bahagiaku which is just around d corner, sehingga ke harini so much of dugaan dan rintangan yg terpaksa aku lalui..ALONE!!! dari sekecil-kecil hal, sehinggalah ke sebesar-besar isu..ramai kawan2 yg bercakap melalui pengalaman, mmg menjelang nak kawen ni byk dugaan dan rintangan..memula tu redah gakla..tapi bila makin melampau2 dugaan yg dtg rasa give up pun ada..tambah2 dugaan yg dtg tu timbul dari masalah yg ditempah sendiri..i'm not saying dat i'm perfect..tapi, ntahlah..
Hmm, dahla..malas nak pikir2 lagi..skunk ni berserah sahj pada ketentuan Allah.. btw, here are something i'd like to share wid u olz.. got from my inbox dis morning..enjoy reading dan ambil iktibar dari setiap yg dibaca..wallahualam..


Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"


( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails