Blogger Templates

Monday, September 28, 2009

.:Ron 95 vs Ron 97:.

Akhir-akhir ini Malaysia dikecohkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Mulai 1 September lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sekali lagi. Selain itu, kerajaan juga telah menggantikan penggunaan minyak RON92 kepada RON95.

Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).

RON 97 : RM2.05
RON 95 : RM1.80


Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?
Mungkin ada ramai yang mengatakan minyak RON95 adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebab itu ia lebih murah. Ada pula mengatakan minyak RON95 mungkin akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON95 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.

Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,mari kita fahami apakah maksud sebenar RON.
RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.
Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.
Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).

Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada ade tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.
Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.

Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.

Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.

Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput,hehehe...

::Ya Rasulullah S.A.W::

Salam.. harini terasa mcm byk benda pulak nak share kat dlm blog ni..hehe.. maklumlah lepas gian nak update blog.. tadi masa tgh surf internet, secara tak disengajakan terbaca la satu article ni.. Tajuknya cara Rasulullah mengekalkan keharmonian rumah tangga.. tgk pada tajuknye da dpt bygkan betapa interestingnye article ni.. walau pun yg menulis ni belum berumahtangga, tetapi sekadar ingin berkongsi segala ilmu yg ada..semoga yg membaca pun akan dapat manfaatnya..InsyaAllah, kalau diketemukan jodoh yang sesuai, akan berumah tangga juga nanti..(^_^).. njoy reading..
Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid
Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi
bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba
Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah,
"kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah
kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalu berselimut dengan
baginda”.

(Hadis riwayat Said b Mansur)

Menyembur wangian pada bahagian aurat
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan
badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan
nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh
baginda.

(Hadis riwayat Ibn Majah)

Mandi bersama sama isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1
bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".

(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)

Menyikat rambut Nabi
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw,
ketika itu saya sedang haid.

(Hadis riwayat Ahmad)

Meminta isteri meminyakkan badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada
hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah".

(Hadis riwayat Ibn Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya".

(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

Mencium isteri walaupun sebelum solat
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah
mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya.

(Hadis riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima)
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai
Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang
menyesatkan”.

(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas
1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda
mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali
baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan
darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang
dari tempat itu.

(Hadis riwayat Nasai)

Memberikan hadiah pada isteri
Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.
"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan.
Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing
masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda
tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.

(Hadis riwayat Tirmidzi)

::Monday Blues::

Hola..morning everybody.. setelah seminggu lebih bercuti, finally I come back to work!!! malas betul rasa nak keje pagi ni.. biasalah..dis wat we called as Monday Blues.. huhu.. my life has come back to the normal routine.. seawal kul 6 pagi dah kene bgn.. mandi, ciap2 pastu gerak gi ofis.. lau nasib bek, ada member teman..bfast la bile smpai ofis.. lau takder tu, tahan je la kelaparan kat peyut ni..(tgh yapar ni sebenornye..huhu) tggu smpai lunch..confirm ada member kuar lunch..hehe.. lau kat kmpg ni, dok goyek2 atas tilam lagi.. bgn2 jer dah ada bfast terhidang kat dapur.. hehe.. seminggu ni nmpk gayanye puasa bfast la I.. member tetap teman bfast pagi2 smbg cuti lagi seminggu.. Raihana.. tgh honeymoon skang ni.. raya aritu, dia kawen.. huhu.. (selamat pengantin baru, Rai) otey la..not much to write actually dis morning..just nak share my Monday blues wid u all.. Keje!Keje!Keje!.. tadi bos dah tanya2 keje yg dia mintak submit aritu..nak kene wat la ni.. huhu.. daa... till next post..

Thursday, September 24, 2009

.:Menjelang Syawal:.

Salam... kali ni I nak share wid u all ttg aktiviti I ngan adik2 I menjelang Syawal aritu.. we all watpe eh? haa..jeng!jeng!jeng!.. we all wat kueh raya mlm raya tu..bygkanla..biasanya mlm2 raya ni aktiviti wajibnye kemas umah ke, pasang langsir baru ke, penuhkan balang kueh ke..tapi kami 4 beradik dok bakar kueh raya..hehe.. excited..maklumlah, 1st time dlm life beraya kitorg wat kueh raya.. yg paling sempoinye, adik lelaki I pun join sekaki gak.. mmg sporting giler.. thn ni we all wat biskut simple2 jer.. all together ada 3 jenis.. cornflakes dan nestum based cookies..nyummy..hehe.. dah itupun fevret cookies we all setiap kali beraya.. k lah, taknak celoteh pjg kat cni.. I put some pics masa we all wat biskut raya aritu.. cop, almost forgot nak btau yg cookies kitorang ni menjadi dan sedap2 belaka..hehe.. otey..till next post..daa..

Tuesday, September 22, 2009

::1 Syawal::

Salam Eid Fitri buat semua muslimin dan muslimat... Rasanya dah lama beno teman tak update blog teman ni.. dah masuk raya ke-3 arini.. mcmana sambutan syawal kengkawan sekalian? raya teman tahun ni best ckit dari thn lepas.. hehe.. yang sebenornye, byk teman nak taip kat cni..tapi tak tau nak mule kat mane.. niat di hati tu nak qada balik sume citer2 yg teman nak update dlm blog ni since last post teman..episod roti jala..tapi rasanya tak tertaip teman.. huhu.. takperlah..since tajuk post teman kali ni 1 Syawal, teman citer le ckit pasal sambutan 1 Syawal teman tahun ni.. seperti thn2 lepas, mcm biasa teman dan adik2 tolong bonda masak rendang dan kemas rumah.. yg len ckitnyer, pada thn ni teman dan adik2 wat kueh raya.. hehe.. 1st time wat kueh raya.. bolehlah.. kitorang wat 3 jenis biskut raya; cornflakes madu, cornflakes coklat dan nestum cookies.. alhamdulillah, menjadi kueh raya teman.. rasanya pun bole tahan.. berdasarkan testimoni dari makcik2 dan sedara mara yg lain, sumernyer positive..senang kata SEDAP ler.. hehe.. niat di hati tu nak wat ckit sblm balik kl ahad nanti..nak bagi member2 ofis pulak rasa.. tak ketinggalan untuk B juger.. InsyaAllah..itupun lau takder aral ler.. lau tak, tggu raya tahun depan le yer kome2 sekalian.. as usual, pagi syawal tu ayahanda dan adinda teman yg teruna tu akan gi solat raya.. teman? teman dok umah jer..huhu.. pas mandi pagi tu teman pun sarung la baju raya teman.. thn ni tema famili teman warna coklat.. kecuali ayahanda teman jer tak join d club..dia maintain ngan jubah putih dia tu..huhu.. lepas org lik solat raya, kami sekeluarga pun bersalam-salaman ler.. ntah kenapa tetiba bonda teman hepi semacam jer pagi tu.. sblm bersalam, ayah teman secara tak sengaja terbuat lawak.. bonda teman punya la gelak, sampai meleleh airmata.. dekat 10 minit gak la bonda teman tu baru berhenti ketawa.. bile dah tgk dia gelak, kami yg len pun turut gelak gak la..bukan gelakkan lawak ayah yg tak berapa nak kelakar tu..tapi gelak tgk gelagat bonda kami.. haha.. 'Stop it'..haa, ayat fevret bf teman.. hehe.. kiranya stop smpi cni le citer pasal bonda teman ni..nak diteruskan citer, lepas bersalam-salaman teman sekeluarga pun gerak ke umah nenda sblah bonda teman di Sg. Siput.. ramai gak la manusia kat umah atuk teman ni.. sonok la bile ramai2 ni.. makan2..gelak2..borak2.. tak lma pastu, ayah teman pun ajak beransur ke umah nenda teman sblh dia pulak di kuala kangsar.. haa, ayah dan bonda teman ni org perak.. sng, takyah berebut2 nak lik kg utk beraya.. hehe.. teman ni, sorang perak, sorang kelate.. haa..cane nak lik raya nanti yer? pesan utk B..kita gilir2 yer.. hehe.. sebelum gerak ke kuala kangsar, sempat le teman sefamily bergmbr ngan kedua org nenda tercinta.. wat kenang-kenangan.. lebih kurang 45 minit perjalanan dari sg. siput, teman pun sampai le ke umah nenda teman yg lagi satu.. minta maaf dlu ngan nenda teman, pastu ngap lagi.. nenda teman wat mee rebus thn ni..ceedaap..hehe..pastu, teman sekeluarga gi ziarah kubur dua org adik teman dan kubur atuk teman yg dah pergi meninggalkan kami semua.. Al-fatihah untuk atuk teman; Abd. Rahman dan kedua org adik2 teman yg tercinta; Wan Khadijah dan Mior Abdul Rahman.. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg mukmin..InsyaAllah.. huhu.. rindunyer teman pada mereka semua.. dah2.. taknak cedih2.. teman nak smbg lik citer teman ni.. pas ziarah kubur, teman lik semula ke umah nenda teman.. lepak2 kat sna sampai asar.. hari semakin berlalu.. teman sekeluarga pun beransur le pulang ke umah.. penatnyer.. huhu.. mlm tu, kmi dok rileks2 je kat umah sambil menonton citer kat tv2.. rasanya citer impak maksima kot.. layan je la..mata pun dah kuyu..haa, itu namanya isyarat utk masuk tdo.. dan la abis citer impak maksima tu, teman pun masuk tdo.. mmg lena betul tdo mlm tu.. maybe sebab penat sgt kot.. End of 1 Syawal.. rasanya dah pjg lebar teman taip kat cni..sambung len kali pulak le yer.. teman nak gi tgk apa ada kat dapur tu utk mam..yapar la puyak..hehe.. tatatititutu..

Ayah & Bonda tercinta di Pagi Syawal...
Jom pergi beraya anak2ku sekalian...

Kakyong minta maaf zahir dan batin yer, Ayah...

Bergambar bersama kedua nenda yang tercinta...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails