Blogger Templates
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 2, 2010

::Kenangan Terindah::

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku


Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu


Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati


Ooh...


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Ooh...



"Ya Allah, andai ku masih perlu melepasi pagar ujianmu untuk kesekian kalinya, Engkau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam mencari KUNCINYA...Ku berterima kasih dan bersyukur di atas segala kurniaan nikmat cinta yang Engkau berikan dan sesungguhnya seseorang itu yang pernah kau hadirkan dalam hidupku adalah sebuah Kenangan yg Terindah..."

Monday, August 30, 2010

::2 weeks & 4 days::

Salam Ramadhan..wah, sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa..rasa mcm baru jer lagi penyimpan mohor2 besar diraja announce tarikh berpuasa..hrmm..betullah seperti yg dikhabarkan org bila dah akhir zaman nie, tmbah2 dah dekat nak kiamat ni, masa terasa berlalu dengan begitu cepat.. ini bermakna tinggal 10hari jer lagi yg tinggal utk kita menunaikan ibadah puasa sebelum syawal pula melabuhkan tirainya..huhu.. sebut pasal syawal nie, apalagi lau bukan RAYA!!! kalau thn2 sebelum nie, perasaan utk menyambut raya sgt seronok.. weekend jer kuar shopping baju raya dan kuih raya ngan adik2 terchenta..tmpt yg wajib utk shopping apalagi lau bukan PKNS shah alam dan Jalan TAR.. mmg sesak dan jem giler..tapi raya punya pasal, redah gak la..(^_^)..

Tapi thn nie tak bpe nak rasa feeling raya tu..nape eh? hmm..tinggal lebih kurang seminggu jer lagi nak raya..kueh raya pun tak mula membeli lagi.. baju raya adala tempah sepasang.. thn ni warna tema turqoise..adik2 dan ayah dah ada bju warna turqoise..tinggal baju bonda jer tak beli lagi..ntah bila nak gi beli pun tak tau la..huhu..sabar yer bonda.. nanti kita gi greentown mall cari baju sepasang lagi eh..huhu..

Raya tinggal lagi seminggu, tapi ada perkara lain yg bakal menjelma lagi 2 minggu & 4 hari..apa yer?

jeng! jeng! jeng!...

My WEDDING day lah..wah, dah semakin hampir rupanya..hmm, takleh nak describe my perasaan skunk nie.. hepi pun ada..sedih pun ada..neves pun ada..pendek kata, macam2 ada lah..hoho.. mcm iklan astro pulak..(^_^).. alhamdulillah, kad sumer dah edar..mana yg perlu di pos, dah pos..yg nak bagi by hand pun dah bagi.. bab kad dah settle..tapi byk lagi bende lain yg tak settle.. door gift tak packing lagi, pelamin tak confirm lagi, catering pun tak confirm lagi, baju tak fitting lagi, baju nikah tak amik dari tailor lagi...dan byk lagi la bende2 lain..nak list down kat cni, pjg sgt..so, highlight yg besar2 jer..huhu..ntahla, citer kat member2 sumer terkezut..wedding dah dekat tapi byk lagi yg tak settle..siap ada yg tanya, "ko nie betul ker nak kawen nie, ann?" maka jawapan standardku "ntahlah.."..huhu.. yg paling best sekali, borang permohonan nikah pun masih belum siap proses lagi..waa..rasa nak meraung pun ada..inilah akibatnya kalau amik ringan perkara yg paling penting..hmm..takperla, redah jerla..dan doa2 borang tu leh siap proses paling lewat b4 raya..

Esok pagi lepas sahur nak balik kmpung balik..tadi call bos mintak cuti rabu, nasib baik dia bagi wpun pada mulanya dia agak keberatan..huhu..kalau dia tak bagi pun terpaksa gak cuti..byk lagi bende nak settle.. papehal pun esok luse ni jela masa yg ada.. lepas ni tak balik kmpung dah.. 8hb september nanti baru balik kmpung.. weekend ni nak pulun settle fitting baju sanding, amik baju nikah dari tailor, shopping barang2 hantaran dan byk lagi lah..penat nak taip coz byk sgt things to do..huhu..(T_T)..

To my dear hubby to be, nak tak nak, 4th & 5th september ni kene fully utilize masa yg ada utk settle sumernyer k..




Okla, sampai cni dulu celotehku di bulan puasa yg mulia nie..esok dan luse cuti..YEAY!!! (^_^)

Selamat berbuka puasa..wassalam..

Tuesday, August 17, 2010

.:Salam Ramadhan 1431 Hijrah:.

Assalamualaikum..rasanya masih belum terlambat utk ucapkan salam ramadhan to all muslim and muslimat..especially for those who keep reading and viewing my blog.. (^_^)..



Pagi ni dtg ofis ngan mood yg tak berapa nak elok..bgn pun dahlah lewat.. sahur mmg confirm tak..rasanya dah 3 malam kot tak bgn sahur..takder org tolong kejut bgn sahur..huhu.. erm, actually can't hardly describe my feelings rite now..sedih, marah, geram, dll lagilah perasaan yang tak best bercampur aduk in my heart at the moment..naper? only God knows.. mengharapkan kehadiran Ramadhan tahun ini adalah yg terindah dalam hidup menjelang Hari Bahagia yg akan tiba tak lama lagi.. tapi, panas yg kusangka hingga ke petang, rupanya hujan+ribut taufan di tengahari..Ya Allah, maha berat dugaanmu..

Sebut ttg hari bahagiaku which is just around d corner, sehingga ke harini so much of dugaan dan rintangan yg terpaksa aku lalui..ALONE!!! dari sekecil-kecil hal, sehinggalah ke sebesar-besar isu..ramai kawan2 yg bercakap melalui pengalaman, mmg menjelang nak kawen ni byk dugaan dan rintangan..memula tu redah gakla..tapi bila makin melampau2 dugaan yg dtg rasa give up pun ada..tambah2 dugaan yg dtg tu timbul dari masalah yg ditempah sendiri..i'm not saying dat i'm perfect..tapi, ntahlah..
Hmm, dahla..malas nak pikir2 lagi..skunk ni berserah sahj pada ketentuan Allah.. btw, here are something i'd like to share wid u olz.. got from my inbox dis morning..enjoy reading dan ambil iktibar dari setiap yg dibaca..wallahualam..


Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"


( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Thursday, July 1, 2010

::Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi::

Salam.. hye my dear blog readers.. tetiba harini rasa mcm nak update blog.. jenuh memikir nak share citer apa wid u olz.. tak dtg2 gak idea tu.. kebetulan sedang membaca emel2 yg ada dlm my Yahoo! inbox, terjumpa satu emel yg sgt menarik ni.. terus teruja nak post dlm blog.. tgk pada tajuknya pun dah menarik dah kan.. enjoy reading..(^_^)..

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.
´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 minggu saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tuut..tuut..sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...
abang yang disayangi, Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 minggu, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putramengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sarawak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!

Tuesday, June 8, 2010

::EveryDay I LoVe U::

I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you

I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you more
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

p/s: I love u, B...(^_^)

Friday, June 4, 2010

::SteamBoat::

Hola, again..2 new posts in a row..cayalah..hehe.. sebenarnya yg semangat nak update blog ni coz baru trasfer gmbr2 kat dlm pc.. so, nak share la wid my dearest followers..(^_^).. haa, dis time nak citer pasal my B n I gi makan steamboat kat flamming steamboat yesterday..flamming steamboat ni situated next to sunway piramid..actually, my B dah lama ngidam nak mkn steamboat..dari last weekend lagi.. baru semlm dapat mkn..alhamdulillah.. 1st time been there.. the place is not so bad.. selesa gak la nak mkn2 steamboat..choice of food pun banyak.. dah namanya steamboat, byklah seafood termasuk all the fishballs n fishcakes dan mcm2 lagi la.. other than dat, ada bihun grg, fries, wedges dan salads.. haa, kat flamming steamboat ni ada aiskrim gak tau..black choco n marshmallow pun ada.. nyummy.. for me, i bagi 4 stars kot..but restoran nelayan still d best lah..hehe.. however, thumbs up for my B yg non stop eating.. byk gak dia makan semalam..yapar yer B? hehe.. i mkn tak byk sgt..coz perut dah dimasuki angin tak diundang..huhu.. k la, to cut stori short.. njoy all d pixs yg i snap semalam.. (kan best lau ada DSLR..wish for it..)..

...ada stail lah..




Makan tak jemput.. :p






Chumell kan..(^_^)..

::SuBWay@Bukit Bintang::

Salam..Hye everyone.. hrmm, arini nak share citer pasal my B n I gi mamam SubWay kat Bukit Bintang 27 Mei aritu..arini dah 4 jun, baru nak stori d mori..huhu.. actually dat is our 1st date having sandwich kat subway together2..b4 dis, mkn ngan fren2 jer.. dah lama sebenarnya dok ckp2 ngan my B nak gi mkn kat subway ngan dia..tapi asyik tak jadik jer.. finally on d 27th of mei aritu dapat gak..hehe.. i'm having chicken teriyaki..my B mkn apa ntah..tak ingat..yg pastinya dia sebut no.10..apa ek, B? huhu.. didn't quite remember wat time we reached there..tapi yg pastinya dah malam la..hehe.. so, after dapat our order, kitorg pun find a table utk eat2..subway kat starhill tu takderlah besar mana pun..kecik jer..kitorg duduk kat satu meje for 2 kat tepi dinding..kecik jer mejanya..tapi ok la..asal dapat letak both our sandwiches and drinks..(^_^).. so, it's makan time!!! below are few of pixs yg i snap masa kitorg kat subway.. tgk2 la yer.. (actually nak show my look 1st time pakai tudung mcm tu..hehe..sib bek B kata chumell..yeker B?hoho..)..

control hensem..(^_^)..pheewitt..

nyum2..sedaaaap..

..aaaa..

my chicken teriyaki..

...control cun..hehe..(^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails